Thursday, September 30, 2010

Perjalanan Yang Amat Berbaloi..


Badadang n Philipus Jani Sedang berinteraksi dengan para penonton.


Bergambar di Kaki Gunung Berapi Sakura (Sakurajima).



Sedang Menghiburkan Penonton dengan Alat Muzik Bambu.. Somporing..


Bergambar Kenangan bersama Krew PA System ASEAN FAIR..



Bergambar bersama penonton.. Beliau adalah seorang warga tua Jepun yg sedang sakit , berjalan mengunakan tongkat.. ketika pertama kali beliau menonton Persembahan kami. namun setelah masuk hari ke tiga beliau mendengar alunan bunyi Somporing, beliau telah cergas.. tidak lagi menggunakan tongkat..
Wanita ini menyatakan kepada kami melalui jurubahasa kami bahawa beliau telah sihat setelah mendengar bunyi Alat Muzik Bambu ini.. "Bunyi Somporing bagaikan satu terapi kepada saya.. ia membuat saya sihat seperti muda 10 tahun dari usia saya" katanya.. malah dia membuktikannya dengan menari mengikut alunan lagu Rock n Roll yg kami mainkan..



Bersedia untuk membuat persembahan di Dolphin Port, Kagoshima. Latarbelakang adalah pemandangan Gunung Berapi Sakura..



Bersama-sama dengan Penghibur dari Brunei Darulsalam dan Indonesia semasa sesi Temuramah bersama stesen tv KTS(Kagoshima TV Station).



Bergambar di Stesen bangunan Stesen TV antarabangsa Japan NHK..


Dolphin Port.. Pusat Restoran terkenal Kagoshima, Japan.



Bergambar kenangan bersama 2 Emcee Asean Fair.



Signboard penunjuk arah jalan yg diletakkan di tempat yg tinggi agar tidak menghalang pandangan lalulintas..



Sakurajima (Gunung berapi Sakura)



Delegasi ASEAN bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Wilayah Kagoshima..



Bergambar bersama Penghibur dari Singapura.



Team Malaysia.
Dari Kiri: Khalid Shamsuddin, Noor Azlan Abu Bakar(Director, Malaysia Tourism Promotion Board, Tokyo), Rosli Reshid(Drictor,Malaysian Tourism Promotion Board, Osaka), Team Manager.. Ms. Syafinaz Bujang, badadang n Philipus Jani.



Bergambar bersama Patung peringatan Ryo'ma Sakamoto n pasangannya O'Ryo. Mereka adalah pasangan pertama yang Berbulan madu(Honeymoon) di Jepun dan merupakan rakan kepada Lagenda Pemodenan Japan Saigo Takamori yg berasal dari wilayah Kagoshima.
Berbulan madu kini menjadi satu kebiasaan kepada warga Japan sehingga kini.



Kirishima-Yoku National Park terletak di kaki gunung berapi Sakura.




Gambar Kenangan Bersama Emcee Asian Fair n Interpreter Malaysia.




Huhu.. lama tia kana update ni rumah sia.. anyway.. pada kesempatan mengupdate kali ni, sia ingin berkongsi satu pengalaman yg menarik time sia bersama-sama dgn Team Malaysia menyertai ASEAN FAIR 2010 di Kagoshima Japan baru2 ni..

Sebagai seorang Performer saya dan seorang lagi rakan c tompinai Philipus Jani mempunyai misi besar untuk memperkenalkan alat muzik Sabah di Luar Negara..


Perjalanan yg memenatkan bermula pada 12hb sept 2010 dgn menaiki penerbangan MAS dari Kota Kinabalu ke KLIA... sampai di KLIA kami meneruskan perjalanan selama 7 jam setengah ke Narita Airport, Japan menaiki Penerbangan Japan Airlines(JAL).

Kami tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Narita, Japan pada pagi 13hb sept, jam 7.40am. Seterusnya tepat jam10am kami meneruskan pula perjalanan kami ke Henda airport dengan Bas dan sampai di Airport sekitar jam 11.45am. Tepat jam 2.30pm kami meneruskan penerbangan ke Kagoshima. kami tiba di Kagoshima Airport pada jam 3.25pm dan menaiki Bas ke Sunflex Hotel,Kagoshima. Perjalanan ke Kagoshima city mengambil masa selama 2 jam setengah.. dan mendaftar masuk ke Sunflex Hotel sekitar jam 6pm.. dan seterusnya, kami di bawa untuk melawat tempat untuk kami mendirikan Booth ASIAN FAIR di pusat Beli belah terkemuka di Kagoshima bernama YAMAKATAYA.
kami kembali semula ke Hotel sejurus selepas itu untuk membersihkan diri namun kami diarahkan lagi untuk berkumpul di Lobby sekitar jam 7pm coz kami harus melihat sebuah lagi tempat untuk kami buat performance iaitu Dolphin Port. huhuhu.. penat nya...

inilah pengalaman pertama yg sangat mencabar ke"Tahan Tukul"an sia.. hehe..! ianya membuat sia berpikir:.. Tia pandai penatkah ni urang2 Jipun ni ??? buli2 dorg buat perjalanan yg bogini.. sia tingu dorg maciam teda apa2 ja...

Pelbagai pengalaman n pengajaran yg sia dapat di hari seterusnya..
Pengajaran yg pertama yg paling berharga sia dapat di sini is "Ketepatan Masa". Urang Jipun sangat2 menghargai masa.. apa saja yg mereka lakukan haruslah menepati masa. tidak boleh di awalkan atau di lambatkan.. semuanya harus tepat.

Pengajaran Kedua.. urang Jipun sangat menghormati dan patuh kepada undang2.. apa juga undang2 akan mereka hormati.. contoh terbaik yg sia nampak is undang2 jalan raya.. Para pemandu mahupun pejalan kaki tidak sekali2 melangar lampu merah. walaupun jalan di jepun lengang para pejalan kaki tidak sekali-kali melintas jalan raya sesuka hati. mereka melintas di tempat yg dikhaskan dan menunggu lampu bertukar hijau baru mereka melangkah..
Pemandu jipun juga tidak memandu melebihi had laju...malah pemandu juga lebih mengutamakan para pejalan kaki..

Pengajaran Ketiga:.. Urang Jipun tidak membuang sampah merata2 n tidak merokok di tempat awam.. mereka hanya merokok di bilik yg dikhaskan untuk merokok. walhal teda saman di keluarkan jika merokok di kawasan larangan.

Pengajaran ke empat:... Urang Jipun tidak suka merungut. contoh terdekat yg sia lihat ialah: Bila mereka telah bersetuju menerima untuk melakukan satu pekerjaan mereka tidak akan mo merungut walaupun pekerjaan itu amat memenatkan dan upah yg diterima kurang berbaloi kerana mereka tahu bahawa keputusan yg mereka buat untuk bersetuju menerima pekerjaan tersebut adalah betul.

Pengajaran seterusnya:.. mereka sangat menghormati warga tua dan org kurang upaya..

Mereka juga amat menghargai Muzik dan kreativiti.. Mereka gunakan muzik sebagai terapi untuk menyembuhkan penyakit.. Sesuatu yg amat mengejutkan sia ialah beberapa warga tua yg sedang sakit dan sengaja hadir untuk menyaksikan persembahan kami setelah melihat wawancara kami disiarkan oleh stesen TV Japan. Sembuh dari penyakit mereka setelah menggunakan peluang yg ada dgn menjadikan alunan bunyi Somporing sebagai Terapi.

Mereka menyatakan ucapan terima kasih kepada kami melalui jurubahasa kami, kerana mereka telah sembuh setelah mendengar bunyi Somporing yg kami alunkan.
Pengakuan mereka seperti tidak masuk akal.. namun bila melihat mereka yg datang dgn mengunakan tongkat dan Wheelchair pada hari pertama.. boleh berjalan tanpa alat bantuan pada hari ketiga dan menari Rock n Roll pada hari ke empat.. ianya amat menakjubkan.. dan bila kami bertanyakan tentang perbezaan bunyi antara Saxophone(Steel) n Somporing.. mereka menyatakan yg Bunyi yg dikeluarkan oleh Bambu lebih lembut dan menusuk Kalbu..
Adedei... dorg punya komen ni.... sedangkan urang kita sendiri pun tia menghargai ni alat muzik bambu kan..

mereka juga bijak memenafaatkan peluang yg ada agar warga mereka mempunyai pekerjaan. Contoh terbaik yg sia lihat ialah: Keprihatinan pihak swasta tentang tanggungjawab mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Mereka sanggup mewujudkan pekerjaan sebagai "Elevator Driver" Atau "Daraibor Lift" klu tampat kita.. ianya hampir tidak masuk akal klu di tempat kita.. dan melihat daraibor Lift tu bekerja macam Robot kana program buatkan sia bepikir berkali-kali.. hehe..!

Klu sia renungkan semula Pengajaran yg sia tuliskan di atas.. banyak sangat kelemahan yg sia ada.. semasa hari pertama di Jipun pun sia sudah melakukan beberapa kelemahan n kecuaian.. Pertama: Sia terlewat turun ke lobby pada hari pertama coz tertidur kapenatan.. Kedua:..pada hari yg sama ketika perjalanan ke Dolphin Port, Sia hampir melanggar lampu merah..nasib baiklah interpreter kami yg setia menunggu sia d lobby mengingatkan sia.. hehe..

apapun.. selepas 2 kelemahan tesebut sia tidak lagi mengulanginya pada hari berikutnya.. tidak ada kesalahan lagi yg sia lakukan dan misi kami untuk memperkenalkan alat muzik Bambu Sabah iaitu Somporing telah berjaya..

Somporing bukan sahaja terkenal di Wilayah Kagoshima tetapi juga menjadi bualan penduduk Japan bila ia disiarkan secara live di NHK..Stesen TV antarabangsa Japan.


huhuhu... klu tulis semua di cni tia sukup tempat ni... hehe..
apapun rasanya klu semua pengajaran yg sia nampak ni dapat di implimentasikan dlm diri setiap penduduk Sabah n Malaysia amnya.. tidak mustahil kita pun buli maju maciam dorg..

Sia Terkenang semula saranan Bekas PM Kita.. Tun Mahatir Mohd.. 'Slogan Pandang ke Timur' yg beliau seru kepada rakyat Malaysia sebenarnya ada kebenarannya.. beliau menyuruh rakyat Malaysia mencontohi Japan.

tapi ..Silapnya.. Beliau terlupa menerangkan dan menyenaraikan kepada rakyat perkara apa sebenarnya yg patut kita contohi dari negara Japan.
Beliau mungkin terlupa bahawa "bukan semua rakyat Malaysia bernasib baik.. berpeluang mengunjungi Japan"...




Klu orang Jipun boleh membudayakan Ketepatan masa dan perkara2 seperti yg sia nyatakan di atas:... kita di sabah ni pun patut membudayakan ketepatan masa supaya kita juga buli maju maciam dorg... kan..kan..kan...

And the Last but not least.. I would like 2 say Thanks ! to Tourism Malaysia 4 bring us to Japan.. Very Special Thanks to our Team Manager Ms. Syhafinaz Bujang, Mr. Noor Azlan Abu Bakar(Director, Malaysia Tourism Promotion Board, Tokyo), Mr. Rosli Reshid(Director, Malaysia Tourism Promotion Board, Osaka) our beloved Batik Man Mr. Khalid Shamsuddin..., Somporing Founder Mr. Philipus Jani..
Our interpreter Ms. Kaji Junko.., Mr. Jokei san(Asean Centre), Ms. Michiko(Asean Centre) and the gorgeous Kagoshima citizens..


well done.. we did a Great job.. good teamwork..!

We Luv Malaysia.. Proud to be Malaysian...!!


Shallom...!


Wednesday, February 17, 2010

Apa Resionalnya Bila Round About yang Besar di kecilkan lalu di tanam batu di sekeliling..

Perhatikan Batu berbenjol-benjol di tanam dan disusun sebaris di sekitar Round About..


kelancaran Trafik teda Perubahan malah boleh mengundang bencana bila pemandu mengelak untuk melanggar benjolan batu yang di tanam.


Perhatikan Pemandu kereta hijau itu.. memandang ke bawah untuk mengelak dari terlanggar benjolan batu..


Pandangan Penuh Round About maut..




Baru-baru ini sia telah pergi semula ke sebuah Pekan di sebelah utara negeri kita..
Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu yang pada awalnya bermula dengan selesa tiba2 bertukar menjadi amat tidak selesa bila melepasi kawasan Pekan Kota Belud.
Amat menyedihkan sekali bila kita memandu di jalan utama yang mana melintasi kawasan Perkampungan yang dihuni oleh kebanyakannya masyarakat Dusun bermula dari Pusat latihan Pertanian Timbang Menggaris hingga ke Kawasan Perkampungan Manggaris 2.. kerosakan jalanrayanya amat teruk sekali .

Seingat saya, jalan raya di kawasan tersebut tidak diselanggara dengan baik sejak 10 tahun yang lalu dan kini keadaannya menjadi sangat teruk.. ianya sudah menjadi tidak layak untuk digazetkan sebagai jalan utama untuk menghubungkan Kota kinabalu dan utara negeri kita.

Jalanraya ini hanya layak untuk lori balak dan Gajah untuk melaluinya.
Amat memalukan kerana kawasan itu termasuk dalam daerah yg mempunyai ramai wakil rakyat namun tiada penyelengaraan yg sempurna dan seperti tidak pernah diperdulikan oleh YB mereka..

Kalau ada pun kerja penyelengaraan dilakukan namun ia hanya tertumpu di kawasan ulu Kukut. dan pada pemerhatian saya, kerja penyelengaraan hanya dimulakan pada sekitar bula Mei tahun 2009. tiada penyelengaraan sebelumnya.. dan apa yang sangat menyedihkan sekali, kontraktor yg membuat penyelengaraan bukan pula membaiki kerosakan jalan tapi menambahkan lagi kerosakan yang ada..
Mereka membongkar jalan lama yang rata dan mengaspalkanya menjadi jalan yang berbonggol-bonggol. jalan tidak pernah siap kerana kontraktor tersebut hanya mengupah 5 hingga 6 orang pekerja sahaja bagi kerja pembinaan semula jalanraya dan parti..

huhu.. Sakit badan, sakit kepala dan segala-galanya bila melintasi kawasan tersebut..

Bila sampai simpang tiga Bandau n Kudat barulah sihat cikit coz jalan dia ok cikit.
jalan punya jalan tiba2 bila sampai Round About Bandau...
Adedei.. hampir Accident coz cuba mengelak dari terlanggar benjolan Batu di sekeliling Round About..


atuk..atukk.. aiii antah.. kanapalah durang p ubah tu round About maciam itu tu..
Apalah resionalnya Bila Round About yang Besar kana kasi kecil lepas tu.. tanam batu berbenjol-benjol di sekeliling dia..????
Bukan kah kerja Palui tu???!!
Sama juga Bohong coz tu Round About sama maciam sebelum kena ubah juga ukuran dia (termasuk tu Kawasan Batu Berbonggol)..

Adedei.. Punya Pandai dia punya Jurutera... issh...isshhh...issshh...

Monday, January 18, 2010

Kenangan Tahun 2009

Gunung Emas



Mercun Original sempena tahun baru.. ahahaha...


Peace.. ni dia anak buah sia dari kg Mangi-Pangi Tambunan



C Badadang Sempat beraksi bersama Tompinai Philipus Jani "MenEskil" Somporing haha..!


Donna Richard n OG


Peace.. No War.. kaka diolo'..



eceeh.. C Badadang dgn 2 org adik sepupu dia n anak2 durang.. hehe..


OG n Rozita @ Nanak..


OG n Neeta


Bersama Sepupu dari kg Mangi-Pangi Tambunan. (Muka dia Maciam muka mama surang)


Bersama 'kazen' n ehem..



Foto Bunga yg sempat c Badadang snap d Keningau.




Lama juga sia teda update ni rumah sia.. hari ni baru ada kesempatan meng-update..
Tahun 2009 yg telah berlalu betul2 banyak kenangan pada diri sia.. Maciam2 cabaran, halangan, Godaan.. ehehe..??, Manis, Pahit, Asam, Pedas, kebirisan..??, Kekisus-kisusan..?? Kepomusasan..?? n kesibukan dalam mogihum koposion. Pendek kata busy tahap dewalah kunun tahun 2009 ni bagi sia tapi.. Dari Kenaikan sampai Keturunan teda.. kedudukan juga..
itu om itu..
yg ada kenaikan ialah tu "Kawagatan" Perut Boroi selepas tukar taun sehingga mencecah 90KG Cei.. hahaha..!

Apapun.. dalam kesibukan tu.. bila ujung2 taun sempat jugalah sia p "berpoya-poya".. Christmas terpaksa sambut d 1B Kay-kay coz ada urang yg tia dapat suti hehe.. 26hb kena pulang d kg sebelah. 1 ari ja di sana balik Kay-kay lagi.. Oroi.. Ohuyan.. tapi Cobaan.... hehehe..




Kucing Pun main Facebook.. hehe..!





Tia apa.. Kompromi punya kompromi.. 31hb baru balik kg c badadang kunu tapi... atuuukoi.. apa ini badadang tasangkut pula korang d Tambunan hahaha.. Tetukar Tukar Taun d Tambunan lah Pula.. adedei.. Nasib baik c Arud understanding hehe !






Merry Christmas..!



Huuudi daa dii sumandak.. ehehehe..!



Antara Hiasan Christmas d 1 Borneo.



Pic Sambut Christmas d 1 Borneo.. Berat Badan 70 Kg.. kurus cikit.. hehehe..!



Last2.. 2hb January2010 .. baru dapat balik Kg c badadang.. uuhuu.. Sian diolo'.. Balik kg pun tia juga nokorumo tompinai coz Petang p tengok Kawin Member d Hotel Perkasa Keningau.

Adedei.. Sandii betul aku ni.. dari 26hb Dec 09 sampai 02hb Jan 2010 Minum "Harimau bawah Pokok Klapa + Kasutboot + Siopon + Sitautt + Tinogoih + Chivas + Red Label " == 90Kg Berat .. hahaha..

Apa2 Pun.. Selamat Taun Barulah Kepada korang semua yg melawat rumah c badadang ni.. ehehe !

Monday, December 14, 2009

Idea Kreatif Yang Banyak Makna

Tong Sampah Baru Made in Bambangan.. (Siap dengan Ribbon lagi..)



Tong Sampah DBKK yang tia kana Pungut & di letak di tempat yang tidak sesuai.



Sign Board Kreatif



Kereta Accident yang sengaja ditinggalkan oleh pemiliknya di tepi jalan sebagai peringatan kepada pengguna Jalanraya.




Atuuuukoiii..! hehe..! Lama juga c badadang tia update ni rumah dia kaka..
Anyway.. untuk kali ini, mari kita share2 ni foto yang sia tangkap di sepanjang jalanraya Kg Bantayan ke Pekan Inanam.

Cuba korang perhati betul2 tu foto.. Apa dalam Fikiran korang ??? hehe..!

Kita share2 pandangan arr.. Bah, ini kunun klu dalam fikiran sia.. Klu sia tingu tu gambar paling atas, ia menunjukkan bahawa Penduduk kampung yang membuat Tong sampah itu Sudah bosan dengan Keadaan kekurangan Tong Sampah di kawasan mereka. Ribbon yang di lekat memberitahu kita bahawa tong sampah itu baru dan ianya juga merupakan sindiran kepada pihak berwajib diatas kegagalan mereka menyediakan tong sampah yang cukup kepada mereka sebagai Pembayar Cukai.

Foto Kedua mengambarkan kegagalan pihak berwajib menyalanggara tong sampah. Sudahlah Sampah tidak di pungut.., Tong sampah pun di letakkan di tempat yang tidak wajar.

Foto ketiga... Idea kreatif yang menggundang pelbagai Makna.. Lihat Tin yang ada gambar Harimau di bawah pokok Klapa dan botol air Mineral.. hehe !
Ianya menggambarkan bahawa minuman ini adalah minuman "Favorite" urang kita..
Towkey recycle ini juga dengan jelas memberitahu kita bahawa kedua material tersebut sebenarnya ada harga dan.. merupakan perniagaan yang menguntungkan.
Ianya juga menunjukkan sikap suka membazir urang kita..

Entah kenapa urang kita Cuma tau beli dan minum isinya.. hehe !
Yang ada cap Harimau bawah pokok klapa tu Harga dia RM10 /3tin manakala Air Mineral ada yang dijual sehingga RM 2.90 sebotol (RM 3.20 klu di stesen Minyak) Mahal tu Beb..! Harga minyak kereta pun baru RM1.85 selitter..

Foto Ke-Empat juga merupakan idea kreatif banyak makna.
Pemilik kereta tersebut sengaja meninggalkan kereta itu di situ bagi mendidik pengguna jalanraya supaya lebih berhati-hati ketika memandu.

Ianya juga menunjukkan ketidakpuasan hati pemilik kereta tersebut terhadap pemandu yang memotong sewenang-wenengnya sehingga mengakibatkannya mengalami kemalangan. (Untuk pengatahuan semua.., kereta ini telah dilanggar oleh sebuah lori yang di pandu dengan cuai sehingga menyebabkan pemilik Van ini dan isterinya mengalami kecederaan parah)

Apapun.. bila sia pikir2 lagi.. keputusan pemilik itu membiarkan kereta itu di tepi jalan walhal terdapat workshop hanya di seberang jalan adalah satu kesilapan yang mungkin akan membawa padah kepada pengguna Jalanraya yang lain.
Walaupun Pemilik itu sebenarnya berniat baik untuk menyampaikan masej kepada pengguna jalanraya tapi.. rasanya... meletakkan kereta itu terlalu lama di situ adalah satu tindakan yang kurang bijak..

Apa pandangan korang pula..?? Antar2lah komen.. kita share2 pendangan...

Friday, November 13, 2009

Berkumpul Bersama keluarga..

Peace.. !


Twins


Ada juga Gambar bah kunun hehehe..


apa yang lucu tu ar.. ??


Phil RBK n Wife


Rombongan Bro. Pius..


Ni pula Bro. Gilbert punya rombongan..


Bro. Peter punya rombongan..


Ni dia Family Sis. Lia..


Anak Buah surang.. Doreen n Family. Hubby dia ni Paling Sporting.. klu dia jumpa c Badadang, dia panggil Ipag.. hahaha.. Padahal Tiwanon ih daando ehehehe...!


My Mama n Cucu-cicit dia. Adedei.. Ramai oh durang.. ini baru Lima keluarga punya.. itu pun separuh2 ja yang datang. Klu datang lagi yang Lapan keluarga eeehh...Tujuh Keluarga... (Ehehe... tolak Satu coz yg Satu mo expire sudah tapi belum kawin2..)
Atuuukoi...! Bahagianya c Boliau...!





Adedei.. Maciam.. teda bahan sudah sia mo bikin update ni blog.. sia tercari2.. tebuka-buka, tepisit-pisit file yg ada di computer sia, nasib baik sia jumpa ni foto hehe..!

Oh ya, foto ini sia ambil semasa sia balik berhariraya di rumah Sis. Lia pada Perayaan Hari Raya yang baru berlalu.. dapat juga berkumpul bersama beberapa Ahli keluarga yang berkesempatan p Beraya..

Bagi sia..inilah kebaikan dan keunikan bila ada kepelbagaian Agama dalam satu keluarga. Selain mengajar kita untuk menghormati kepercayaan Agama orang lain, ianya juga adalah cabaran bagi kita untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, dan kepelbagaian itu juga membuatkan kita saling berhubung lebih2 lagi di musim Perayaan.

Meriah jugalah.. walaupun tidak semua Family Member dapat datang.
Sia pikir2.. Alangkah baiknya kalau semua kami Adik-beradik, dapat berkumpul semula maciam dulu2.. maciam time budak2 dulu..

Apakan daya, mungkin beginilah ini kitaran hidup manusia ni.. dulu msaih kecil2, sentiasa bersama.. bila sudah dewasa masing2 dengan haluan hidup sendiri. Jarang sudah dapat berkumpul bersama coz semua pun terpisah-pisah n tinggal di daerah yang jauh dari kampung halaman. maciam sedih jugalah..

Apapun, harap2 satu masa nanti akan ada dan akan tiba masanya Keluarga kita berkumpul bersama. Sekurang-kurangnya Gembira juga tu Boliau bila nampak semua Anak, Cucu-cicit dia berkumpul bersama.