Thursday, September 30, 2010

Perjalanan Yang Amat Berbaloi..


Badadang n Philipus Jani Sedang berinteraksi dengan para penonton.


Bergambar di Kaki Gunung Berapi Sakura (Sakurajima).



Sedang Menghiburkan Penonton dengan Alat Muzik Bambu.. Somporing..


Bergambar Kenangan bersama Krew PA System ASEAN FAIR..



Bergambar bersama penonton.. Beliau adalah seorang warga tua Jepun yg sedang sakit , berjalan mengunakan tongkat.. ketika pertama kali beliau menonton Persembahan kami. namun setelah masuk hari ke tiga beliau mendengar alunan bunyi Somporing, beliau telah cergas.. tidak lagi menggunakan tongkat..
Wanita ini menyatakan kepada kami melalui jurubahasa kami bahawa beliau telah sihat setelah mendengar bunyi Alat Muzik Bambu ini.. "Bunyi Somporing bagaikan satu terapi kepada saya.. ia membuat saya sihat seperti muda 10 tahun dari usia saya" katanya.. malah dia membuktikannya dengan menari mengikut alunan lagu Rock n Roll yg kami mainkan..



Bersedia untuk membuat persembahan di Dolphin Port, Kagoshima. Latarbelakang adalah pemandangan Gunung Berapi Sakura..



Bersama-sama dengan Penghibur dari Brunei Darulsalam dan Indonesia semasa sesi Temuramah bersama stesen tv KTS(Kagoshima TV Station).



Bergambar di Stesen bangunan Stesen TV antarabangsa Japan NHK..


Dolphin Port.. Pusat Restoran terkenal Kagoshima, Japan.



Bergambar kenangan bersama 2 Emcee Asean Fair.



Signboard penunjuk arah jalan yg diletakkan di tempat yg tinggi agar tidak menghalang pandangan lalulintas..



Sakurajima (Gunung berapi Sakura)



Delegasi ASEAN bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Wilayah Kagoshima..



Bergambar bersama Penghibur dari Singapura.



Team Malaysia.
Dari Kiri: Khalid Shamsuddin, Noor Azlan Abu Bakar(Director, Malaysia Tourism Promotion Board, Tokyo), Rosli Reshid(Drictor,Malaysian Tourism Promotion Board, Osaka), Team Manager.. Ms. Syafinaz Bujang, badadang n Philipus Jani.



Bergambar bersama Patung peringatan Ryo'ma Sakamoto n pasangannya O'Ryo. Mereka adalah pasangan pertama yang Berbulan madu(Honeymoon) di Jepun dan merupakan rakan kepada Lagenda Pemodenan Japan Saigo Takamori yg berasal dari wilayah Kagoshima.
Berbulan madu kini menjadi satu kebiasaan kepada warga Japan sehingga kini.



Kirishima-Yoku National Park terletak di kaki gunung berapi Sakura.




Gambar Kenangan Bersama Emcee Asian Fair n Interpreter Malaysia.




Huhu.. lama tia kana update ni rumah sia.. anyway.. pada kesempatan mengupdate kali ni, sia ingin berkongsi satu pengalaman yg menarik time sia bersama-sama dgn Team Malaysia menyertai ASEAN FAIR 2010 di Kagoshima Japan baru2 ni..

Sebagai seorang Performer saya dan seorang lagi rakan c tompinai Philipus Jani mempunyai misi besar untuk memperkenalkan alat muzik Sabah di Luar Negara..


Perjalanan yg memenatkan bermula pada 12hb sept 2010 dgn menaiki penerbangan MAS dari Kota Kinabalu ke KLIA... sampai di KLIA kami meneruskan perjalanan selama 7 jam setengah ke Narita Airport, Japan menaiki Penerbangan Japan Airlines(JAL).

Kami tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Narita, Japan pada pagi 13hb sept, jam 7.40am. Seterusnya tepat jam10am kami meneruskan pula perjalanan kami ke Henda airport dengan Bas dan sampai di Airport sekitar jam 11.45am. Tepat jam 2.30pm kami meneruskan penerbangan ke Kagoshima. kami tiba di Kagoshima Airport pada jam 3.25pm dan menaiki Bas ke Sunflex Hotel,Kagoshima. Perjalanan ke Kagoshima city mengambil masa selama 2 jam setengah.. dan mendaftar masuk ke Sunflex Hotel sekitar jam 6pm.. dan seterusnya, kami di bawa untuk melawat tempat untuk kami mendirikan Booth ASIAN FAIR di pusat Beli belah terkemuka di Kagoshima bernama YAMAKATAYA.
kami kembali semula ke Hotel sejurus selepas itu untuk membersihkan diri namun kami diarahkan lagi untuk berkumpul di Lobby sekitar jam 7pm coz kami harus melihat sebuah lagi tempat untuk kami buat performance iaitu Dolphin Port. huhuhu.. penat nya...

inilah pengalaman pertama yg sangat mencabar ke"Tahan Tukul"an sia.. hehe..! ianya membuat sia berpikir:.. Tia pandai penatkah ni urang2 Jipun ni ??? buli2 dorg buat perjalanan yg bogini.. sia tingu dorg maciam teda apa2 ja...

Pelbagai pengalaman n pengajaran yg sia dapat di hari seterusnya..
Pengajaran yg pertama yg paling berharga sia dapat di sini is "Ketepatan Masa". Urang Jipun sangat2 menghargai masa.. apa saja yg mereka lakukan haruslah menepati masa. tidak boleh di awalkan atau di lambatkan.. semuanya harus tepat.

Pengajaran Kedua.. urang Jipun sangat menghormati dan patuh kepada undang2.. apa juga undang2 akan mereka hormati.. contoh terbaik yg sia nampak is undang2 jalan raya.. Para pemandu mahupun pejalan kaki tidak sekali2 melangar lampu merah. walaupun jalan di jepun lengang para pejalan kaki tidak sekali-kali melintas jalan raya sesuka hati. mereka melintas di tempat yg dikhaskan dan menunggu lampu bertukar hijau baru mereka melangkah..
Pemandu jipun juga tidak memandu melebihi had laju...malah pemandu juga lebih mengutamakan para pejalan kaki..

Pengajaran Ketiga:.. Urang Jipun tidak membuang sampah merata2 n tidak merokok di tempat awam.. mereka hanya merokok di bilik yg dikhaskan untuk merokok. walhal teda saman di keluarkan jika merokok di kawasan larangan.

Pengajaran ke empat:... Urang Jipun tidak suka merungut. contoh terdekat yg sia lihat ialah: Bila mereka telah bersetuju menerima untuk melakukan satu pekerjaan mereka tidak akan mo merungut walaupun pekerjaan itu amat memenatkan dan upah yg diterima kurang berbaloi kerana mereka tahu bahawa keputusan yg mereka buat untuk bersetuju menerima pekerjaan tersebut adalah betul.

Pengajaran seterusnya:.. mereka sangat menghormati warga tua dan org kurang upaya..

Mereka juga amat menghargai Muzik dan kreativiti.. Mereka gunakan muzik sebagai terapi untuk menyembuhkan penyakit.. Sesuatu yg amat mengejutkan sia ialah beberapa warga tua yg sedang sakit dan sengaja hadir untuk menyaksikan persembahan kami setelah melihat wawancara kami disiarkan oleh stesen TV Japan. Sembuh dari penyakit mereka setelah menggunakan peluang yg ada dgn menjadikan alunan bunyi Somporing sebagai Terapi.

Mereka menyatakan ucapan terima kasih kepada kami melalui jurubahasa kami, kerana mereka telah sembuh setelah mendengar bunyi Somporing yg kami alunkan.
Pengakuan mereka seperti tidak masuk akal.. namun bila melihat mereka yg datang dgn mengunakan tongkat dan Wheelchair pada hari pertama.. boleh berjalan tanpa alat bantuan pada hari ketiga dan menari Rock n Roll pada hari ke empat.. ianya amat menakjubkan.. dan bila kami bertanyakan tentang perbezaan bunyi antara Saxophone(Steel) n Somporing.. mereka menyatakan yg Bunyi yg dikeluarkan oleh Bambu lebih lembut dan menusuk Kalbu..
Adedei... dorg punya komen ni.... sedangkan urang kita sendiri pun tia menghargai ni alat muzik bambu kan..

mereka juga bijak memenafaatkan peluang yg ada agar warga mereka mempunyai pekerjaan. Contoh terbaik yg sia lihat ialah: Keprihatinan pihak swasta tentang tanggungjawab mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Mereka sanggup mewujudkan pekerjaan sebagai "Elevator Driver" Atau "Daraibor Lift" klu tampat kita.. ianya hampir tidak masuk akal klu di tempat kita.. dan melihat daraibor Lift tu bekerja macam Robot kana program buatkan sia bepikir berkali-kali.. hehe..!

Klu sia renungkan semula Pengajaran yg sia tuliskan di atas.. banyak sangat kelemahan yg sia ada.. semasa hari pertama di Jipun pun sia sudah melakukan beberapa kelemahan n kecuaian.. Pertama: Sia terlewat turun ke lobby pada hari pertama coz tertidur kapenatan.. Kedua:..pada hari yg sama ketika perjalanan ke Dolphin Port, Sia hampir melanggar lampu merah..nasib baiklah interpreter kami yg setia menunggu sia d lobby mengingatkan sia.. hehe..

apapun.. selepas 2 kelemahan tesebut sia tidak lagi mengulanginya pada hari berikutnya.. tidak ada kesalahan lagi yg sia lakukan dan misi kami untuk memperkenalkan alat muzik Bambu Sabah iaitu Somporing telah berjaya..

Somporing bukan sahaja terkenal di Wilayah Kagoshima tetapi juga menjadi bualan penduduk Japan bila ia disiarkan secara live di NHK..Stesen TV antarabangsa Japan.


huhuhu... klu tulis semua di cni tia sukup tempat ni... hehe..
apapun rasanya klu semua pengajaran yg sia nampak ni dapat di implimentasikan dlm diri setiap penduduk Sabah n Malaysia amnya.. tidak mustahil kita pun buli maju maciam dorg..

Sia Terkenang semula saranan Bekas PM Kita.. Tun Mahatir Mohd.. 'Slogan Pandang ke Timur' yg beliau seru kepada rakyat Malaysia sebenarnya ada kebenarannya.. beliau menyuruh rakyat Malaysia mencontohi Japan.

tapi ..Silapnya.. Beliau terlupa menerangkan dan menyenaraikan kepada rakyat perkara apa sebenarnya yg patut kita contohi dari negara Japan.
Beliau mungkin terlupa bahawa "bukan semua rakyat Malaysia bernasib baik.. berpeluang mengunjungi Japan"...




Klu orang Jipun boleh membudayakan Ketepatan masa dan perkara2 seperti yg sia nyatakan di atas:... kita di sabah ni pun patut membudayakan ketepatan masa supaya kita juga buli maju maciam dorg... kan..kan..kan...

And the Last but not least.. I would like 2 say Thanks ! to Tourism Malaysia 4 bring us to Japan.. Very Special Thanks to our Team Manager Ms. Syhafinaz Bujang, Mr. Noor Azlan Abu Bakar(Director, Malaysia Tourism Promotion Board, Tokyo), Mr. Rosli Reshid(Director, Malaysia Tourism Promotion Board, Osaka) our beloved Batik Man Mr. Khalid Shamsuddin..., Somporing Founder Mr. Philipus Jani..
Our interpreter Ms. Kaji Junko.., Mr. Jokei san(Asean Centre), Ms. Michiko(Asean Centre) and the gorgeous Kagoshima citizens..


well done.. we did a Great job.. good teamwork..!

We Luv Malaysia.. Proud to be Malaysian...!!


Shallom...!