Friday, November 13, 2009

Berkumpul Bersama keluarga..

Peace.. !


Twins


Ada juga Gambar bah kunun hehehe..


apa yang lucu tu ar.. ??


Phil RBK n Wife


Rombongan Bro. Pius..


Ni pula Bro. Gilbert punya rombongan..


Bro. Peter punya rombongan..


Ni dia Family Sis. Lia..


Anak Buah surang.. Doreen n Family. Hubby dia ni Paling Sporting.. klu dia jumpa c Badadang, dia panggil Ipag.. hahaha.. Padahal Tiwanon ih daando ehehehe...!


My Mama n Cucu-cicit dia. Adedei.. Ramai oh durang.. ini baru Lima keluarga punya.. itu pun separuh2 ja yang datang. Klu datang lagi yang Lapan keluarga eeehh...Tujuh Keluarga... (Ehehe... tolak Satu coz yg Satu mo expire sudah tapi belum kawin2..)
Atuuukoi...! Bahagianya c Boliau...!





Adedei.. Maciam.. teda bahan sudah sia mo bikin update ni blog.. sia tercari2.. tebuka-buka, tepisit-pisit file yg ada di computer sia, nasib baik sia jumpa ni foto hehe..!

Oh ya, foto ini sia ambil semasa sia balik berhariraya di rumah Sis. Lia pada Perayaan Hari Raya yang baru berlalu.. dapat juga berkumpul bersama beberapa Ahli keluarga yang berkesempatan p Beraya..

Bagi sia..inilah kebaikan dan keunikan bila ada kepelbagaian Agama dalam satu keluarga. Selain mengajar kita untuk menghormati kepercayaan Agama orang lain, ianya juga adalah cabaran bagi kita untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, dan kepelbagaian itu juga membuatkan kita saling berhubung lebih2 lagi di musim Perayaan.

Meriah jugalah.. walaupun tidak semua Family Member dapat datang.
Sia pikir2.. Alangkah baiknya kalau semua kami Adik-beradik, dapat berkumpul semula maciam dulu2.. maciam time budak2 dulu..

Apakan daya, mungkin beginilah ini kitaran hidup manusia ni.. dulu msaih kecil2, sentiasa bersama.. bila sudah dewasa masing2 dengan haluan hidup sendiri. Jarang sudah dapat berkumpul bersama coz semua pun terpisah-pisah n tinggal di daerah yang jauh dari kampung halaman. maciam sedih jugalah..

Apapun, harap2 satu masa nanti akan ada dan akan tiba masanya Keluarga kita berkumpul bersama. Sekurang-kurangnya Gembira juga tu Boliau bila nampak semua Anak, Cucu-cicit dia berkumpul bersama.


Tuesday, September 29, 2009

Mereka telah lama wujud.. oleh itu, sayangilah mereka sepenuh hati seperti engkau menyayangi diri mu.

Lihatlah wajah c Ayah n c anak.. bukankah mereka serupa..



Dia telah wujud sejak "Zaman Photo teda warna" lagi..



Lihat yang ini pula.. Bukankah mereka ini sama?? (foto tidak berwarna adalah c Ayah yg lahir sekitar tahun 60an)

Photo ibu & Anak.. dorg serupa kan..


Add Image

Tabik Tuan..! Peace..! Aku Hensem cikit dari daddy..! tapi... Serupa juga laa. hehe!





Sia tia tau klu memaparkan gambar begini idea yang bagus atau tidak.


But..Actually., sia sedang tengok2 gambar lama surang adik beradik bah ni, tiba-tiba sia terperasan sesuatu yang menarik minda sia.. Apa lagi sia buka Photoshop, sia kasi Sambung-sambunglah gambar durang hehe !

Bila sia tengok n perhatikan tu gambar yg sia cantum-cantum, sia terperasan rupa-rupanya generasi baru yang dihasilkan oleh "mereka-mereka yang berkenaan dan sewaktu dengannya" (Sia belum berkenaan dan belum sewaktu lagi gia.. hehe! ) sebenarnya adalah klon mereka-mereka juga..

Lantas sia pun teringat semula sorita IbuBapa/TamaTina/TatayNanay/FatherMother/MamaPapa... n Sewaktu dengannya yang mendera anak saparati yang korual TV n Berita Rodiu.. lain lagi yg "kedengeran dan kelihatan" di sekitar-sekitar..
Indakah durang perasan itu bahawa; yang durang dera itu sebenarnya diri mereka juga.... ??


Banyak sangat kisah-kisah mendera anak sia dengar sejak kebelakangan ini, bukan saja dera secara Fizikal tetapi juga Mental.. Klu yg kecil2 kena dera secara Fizikal.. yg Sumandak n Tanakwagu kena dera secara Psikologi..
Yg tia mo kawin kana paksa kawin, tapi klu kana tanya sepa bayar Berian@ Nopung, kana sakap bayar sendiri.. yg mo kawin pula, kana halang coz tu bakal menantu tia ngam di mata mentua.. hehehe! Adedei... (Jan korang marah aar.. sia melalut ja ni ehehe!) Lama-lama.. tu anak pun berpikir.. "Daripada daripada.., bagus Kepada".. Nuhuuu.. last2 tu IbuBapa juga yang Norugi, Nagamul bila tu anak tia mo menghormati dorang sudah.. Salah siapa ?? huhu.. Bukan salah ku...


Berbalik kepada mereka-mereka yg "kaki dera" ni..,Sepatutnya dorang bangga dan menyayangi klon2 yg durang hasilkan ini. Mereka patut Sedar bahawa bila dorang produce Klon-klon mereka ni, maka mereka harus bersedia untuk lenyap dari dunia yang fana ini. oleh sebab itulah selayaknya Klon2 mereka ini patut disayangi seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Bukan mendera mereka sewenang-wenangnya.. Coz.. klon-klon mereka inilah yg akan menyambung kewujudan dorang di dunia ini..

Hisss... melalut pula c badadangss.. apapun.. janlah korang marah kio...! apa yg sia tulis di cni ni, teda kana mananga.. Ups.! kena mengena dengan yg Idup atau yg mati.. sekadar corat-coret. Klu ada yg salah korang anggap ja "Typing Error" jan simpan di Atai..hehe!

Saturday, September 12, 2009

Kesan Sejarah yang hampir Hilang dan dilupakan Di Sungai Tongkurangoh Kota Marudu.

"Monster Rock" Unik ni batu kan..


Sebahagian Gerebak Pengangkut Biji Besi Tertanam di Sungai Tongkurangoh.


Peluru Jepun. Tinggalan Perang Dunia Ke-2.


Hakisan Tebing Sungai. Perhatikan Hakisan yang.. mungkin telah mengambil masa beratus tahun untuk terbentuk..



Besi Landasan Keretapi telah di angkut oleh Orang Kampung dan dijadikan Tempat Penyimpanan Buah Kelapa.


Sebahagian Komponen Gerebak Keretapi Kargo yang masih tertinggal. Komponen ini diperbuat daripada Besi Waja dan terlalu berat untuk di angkut oleh tenaga manusia apatahlagi satu-satunya jalan keluar adalah menyusuri sungai yang Cetek dan berbatu besar.


Batu Jade. antara Khazanah berharga yang terdapat di bekas lombong tersebut. Batu Jade hijau jenis ini boleh mencapai harga USD 60.00 bagi setiap 100
gram di Amerika.


Pemandangan sekitar Bekas Lombong.




Cerucuk Landasan Keretapi yang masih tertinggal.




Dua Minggu Yang lalu sia berpeluang untuk melawat tapak bersejarah di Daerah Kota Marudu.
Apa yang ingin sia kongsikan pada kali ini ialah Cerita berkenaan dengan Bekas Lombong Besi dan Arang batu yang terletak di ulu Sungai Tongkurangoh Kota Marudu.

Menurut Cerita Penduduk Sekitar yang sia temui, Lombong tersebut dibuka oleh Kolonial British Sekitar awal tahun 1900-an di bawah seliaan Sir. Herbertsing.
Penerokaan lombong tersebut telah membawa kepada kewujudan landasan Keretapi di utara Sabah (Dulu2.. North Borneo), bermula dari Kawasan Kolumpisaaon (ulu sungai Tongkurangoh) sehingga ke Kg Teritipan Kota Marudu. Bagaimanapun, operasi Lombong tersebut terhenti semasa Perang Dunia Ke-2.

Menurut Cerita penduduk Sekitar, semasa lombong tersebut beroperasi 80 orang pelombong terdiri daripada orang-orang kampung, pelombong berbangsa India, Cina dan Jepun telah tertimbus di dalam lombong tersebut. manakala, Keretapi Kargo telah mengalami Kemalangan dan terjunam ke dalam Sungai Tongkurangoh. Operasi lombong tersebut tidak lagi di sambung selepas tamat Perang Dunia ke-2.

Begitulah serba sedikit cerita penduduk setempat yang sia dapat. Namun apa yang tinggal hari ini hanyalah beberapa bukti yang hampir pupus. mungkin bahan bukti yang tinggal perlu mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak yang berwajib menyimpan tinggalan sejarah.

Oh ya, bagi informasi anda semua, untuk sampai ke tapak Bekas Lombong tersebut perlu berjalan kaki selama 2 jam menyusuri sungai Tongkurangoh bermula dari Kg. Togudon ke ulu sungai Tongkurangoh. Bekas lombong tersebut terletak di kawasan yang dipanggil Kolumpisaaon.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti Lasak, tempat tersebut amat sesuai untuk distenasi Expedisi..


Monday, August 3, 2009

Sekitar Hari Terbuka & Tadau Kaamatan Pertisa 2009

Adedei...Beginilah pula muka sound Engineer klu Penat n tia cukup tidur selama 4 hari berturut2.. hahaha ! mo manangis pun ada.. senyum pun ada.. Kogutan pun ada.. Maciam2 ada.. hehe !


Sheryil Josh.. Juara Sugandoi PERTISA 2009.

Sheryil bersama Pemenang Tempat Ke-Dua Agousta Markus (Kiri) Tempat Ke-tiga Deffny Pearl (Kanan) bergambar kenangan bersama Presiden PERTISA dan AJK Tertinggi PERTISA.

Aksi Seorang Juara.


Johan Unduk Ngadau.


PERTISA Gong Brother's.. sedang memalu gong Tambunan.



Laama.. tia update ni Blog.. masuk ja cni masih ada baw2 Kaamatan lantak ja lah.. sia pun kasi masuk photo baru yg ada baw2 Kaamatan hehe ! Tapi.. kali ni mood dia lain cikit coz sudah limpas sudah tu bulan Kabangatan.


Photo yg sia paparkan kali ini ialah Photo yg sia ambil Sekitar Hari Terbuka n Kaamatan PERTISA yg telah diadakan pada 25 n 26hb July yang lalu. Cikit ja Photo yang sia dapat coz sia Cbuk.. control tu PA System. Nasib2 lagi ada urang tulung sia snap.

Meriah juga kunu tu Kaamatan walaupun sudah nokoloboi dia punya Penganjuran. Yang best dia, ialah sia sukup terhibur bila tu Juara Sugandoi bawa lagu wajib dia "Sopirosi- rosi". Sia tingu tu pengadil pun tia berkedip mata dia. Ramai yang tanya sia ; Sepa punya lagu tu?? dorg bilang..
Selesai ja pengumuman keputusan Sugandoi, tu Pengadil sempat lagi sakap sama sia.. " sia Takzut jugalah tengok persembahan dia coz masa saringan dia mcm tia pandai Menyanyi pun.." dorang bilang..

Tu unduk ngadau pula.. hebat2 jugalah kunu.. santik2 juga.. lepas kana saring, kana pilih sepa yang paling santik akhirnya...
Johan unduk ngadau di sandang oleh Ms. Cynthia Joseph. Naib Johan ialah Ms. Maylesthelyn Ley Mathew. Tempat ketiga pula ialah Ms.Fiona John William manakala tempat keempat ialah Ms. April Nelly Lisius Tuyok.. Dia ni istimewa cikit coz dilahirkan pada bulan 4, peserta nombor 4 dan dapat tempat ke empat.. hehe! tempat kelima pula ialah Ms. Pricilla Ann Micheal.. Yg menarik pada pertandingan kali ni ialah hampir kesemua peserta adalah Pelajar IPTA..

and.. Satu ketegori lagi yang surang tunggu2 masa Unduk Ngadau.. Korang mo tau apa..??

Hehehe ! .. Ketegori "Tati Obingkaus".. nga teda pemenang coz suma dorg tia pandai kumaus.. hehe !

Apapun.. Tahniah kepada semua AJK Pelaksana Hari terbuka & tadau Kaamatan PERTISA 2009.. lebih2 lagi itu AJK Automatik yg bertungkus lumus menjayakan Program Pertisa ini..

Thursday, June 4, 2009

Sekitar Kaamatan KDCA 30 & 31hb May 2009


The Most Sporting Mom n Daughter..



Lenard n Rayner.. Isssteady korang..



James 'the Rock guitarist' along with Joanna n Jovita R Johnny. C Ateng Pura2 kunu di belakang kurik2 Beg..hehe!



Nosilikan ku Sumandak Tambunan..




Antara gambar2 Finalist Unduk ngadau yg sampat sia Snap di belakang Pentas.. Sian dorg.. Berabis dorang senyum tapi di hati mo nangis sudah coz tu mucle d pipi mo "kramp"sudah coz senyum memanjang hehehe..!



Danny F. Malinggi



Razi n 'Gang Kodou' dia..




Gerai menjual Karya Kartunis tempatan Sabah.. Banyak buku kartun c Langkawit sia tengok..





Gambar Johan Pertandingan Muzik Bambu yang di pimpin oleh Tompinai Johnny Guntabid & Philipus Jani (Pencipta alat muzik Somporing).



Martin Piding Pelakon berasal dari daerah Tuaran. Beliau adalah salah seorang Pelakon yang membintangi Telemovie Koposizon n Bambazon Terbitan P.Dik Horton Ganai.



"Three Sisters" Pelakon cilik yg membintangi Telemovie bertajuk Cahaya. Pelakon berbakat ini adalah anak2 tompinai Martin.



Telemovie Cahaya terbitan Bayu Picture, Syarikat perfileman milik Pengarah n Pelakon terkenal sabah P. Dik Horton Ganai yg berasal dari Kg Sunsuron Tambunan.



Julius N Rayner


Eeheh..? Maciam kenal saja ni..?? muka familiar ni.. Siapa ah..?? Yaaa... Dia lah tu.. tia payah sia perkenalkan lagi.. Intad sid Kudat ih yako diti boh..



Kumpulan Muzik Kulintangon Bisaya.



Adedei.. C Gaman sampai Angguk2..Geleng2.. Marok-tarok.. Kisus2.. kiwos2.. Kosiyukan dia dengar tu bunyi kulintangon. Siap request lagu lagi dia.. hehehe!



Insiden Membelasah Bini.
L
elaki ini terus membelasah Bini dia walaupun anggota Polis ada untuk meleraikan Pergaduhan tersebut..
Tidak tau malu n tidak berhati Perut.. terus membelasah Bini dia di Khalayak orang ramai n Anggota Polis. Malahan dia bawa lagi tu Polis Betumbuk.. Basug @ Lowong.. betul..!!!


Insiden Menyayat Hati.. C Laki Belasah Bini dia Sampai mandi darah n Nakalapik..

Perhatikan lelaki berbaju hijau (bulatan Kuning) membelasah Bini dia yg tia berdaya untuk berdiri sudah (bulatan Pink). Dia pukul Bini seweneng-wenengnya di depan 2 anaknya(2 anak Perempuan masih kecil sekitar 6 n 7 tahun) n di khalayak ramai..



ini Orang Kg sia ni.. Mr. Barnadi n Wife..


Ni pula muka Nabangatan Surang sampai tembam tu muka hahaha..! badadang..badadang..!





Kemuncak Kaamatan telah pun berlalu pada 31hb yang lalu namun c badadang masih lagi dalam mood Kabangatan ni.. Pelbagai Peristiwa n Kenangan indah telah sia lalui sepanjang dua hari sia berada di KDCA.

Selain dapat melihat Pelbagai keunikan budaya, berjumpa dengan kawan2 lama ada juga peristiwa menyayat hati, Meluat, Mo Muntah n macam2 lagi sia nampak..

Kebetulan sia ada tugasan untuk menjayakan perayaan Kaamatan KDCA pada tahun ini, maka hanya sedikit ja gambar2 yg sia dapat. Pun begitu, sia masih sempat mangayau sekitar dewan n melihat dua insiden menyayat hati..

insiden Pertama berlaku di sekitar Parking luar Perkarangan KDCA di mana seorang lelaki membelasah Isterinya sampai nakalapik.. masa tu sia sedang menuju ke kereta sia untuk menyimpan Muzik instrument coz baru ja sia selasai mengiring Rehasal unduk Ngadau.
Sia melihat ada sepasang Suami Isteri maciam ada perselisihan Faham bersama dua orang anak kecil disisi mereka. Ketika sia menghampiri kereta sia, tiba2 perselisihan kedua orang itu bertukar Ganas. C Laki menumbuk, menendang, menerejang isteri dia sampai nakalapik. sia memberitahu 2 anggota Rela berdekatan untuk meleraikan pasangan tersebut. Begitupun lelaki tersebut tidak mengendahkan anggota Rela Tersebut. 6 orang anggota Polis yg bertugas berhampiran cuba membantu meleraikan namun lelaki tersebut menjadi lebih ganas dan cuba untuk menumbuk Polis tersebut. kehadiran anggota Polis itu juga tidak dapat menghalang lelaki tersebut dari terus membelasah isterinya yg telah pun mengampai tidak sedarkan diri.. Sian..betul..

Insiden kedua pula berlaku di perkarangan Tandas awam KDCA berhampiran dengan Rumah Kebudayaan Tambunan n Papar.. Seorang Lelaki Bermandi Darah kerana dibelasah oleh sekumpulan Remaja.

Apa yang sangat memalukan ialah Kumpulan remaja yang membelasah lelaki tersebut memakai tag krew bertugas KDCA. entah apa sudah jadi dengan orang2 ini.. memalukan KDCA ja..
insiden kedua ni sia teda Snap Coz Camerra sia tetinggal di kereta.. Adedei.. Mulau suda ni pomogunan..

Harap2 ada tindakan yg di ambil oleh KDCA ke atas mereka yg membelasah orang dengan memakai tag KDCA ni.

apapun.. kenangan tinggal kenangan.. Kabangatan-kabangatan juga tapi jan lupa ada lagi Kaamatan PERTISA ujung bulan 6 ni.. hehe !

Kotobian Tadau Kaamatan om Kabangatan Kumaa toinsanan Puru do PERTISA om toinsanan ih kakal poh mangaramai do Tadau Kaamatan diti.




P/S. Sia dingar2.. iri noh kaka it nokoporobuat oh obuli MANGAMBARAYON tu haro poulion id Tangkob...

Poingkuro oku no' ma' dii doho ti om it "Sewaktu denganya' tu minorobuat daa dii nga hilo' GIANT, CHUA KAH SENG OM MILIMEWA..

miloh po' ndo katu MANGAMBARAYON diti..???
hehehe!!


Tuesday, May 26, 2009

Kaamatan PDRM Kontinjen Sabah

Johan Unduk Ngadau PDRM yg Juga Johan Unduk Ngadau N.1 Banggi.. dialah ni yg wakil Banggi ke Pertandingan Unduk Ngadau KDCA Peringkat Negeri Tahun ini (Nama dia nantilah korang cari di KDCA nanti 30,31hb di Hongkod Koisaan.. kasi secret dulu kunu..).


Para Pemenang Unduk Ngadau PDRM


Tiga peserta sedang menunggu Keputusan.


Pertandingan Undulk Ngadau PDRM Kontinjen Sabah meriah di saksikan oleh Pelbagai kaum.

Pengadil Sugandoi Julius Gudok bergambar kenangan bersama ketua Kugiran Kombo PDRM Steven Ginun (Kanan) dan salah seorang peserta Sugandoi.


Peserta Unduk Ngadau bergambar Kenangan.


Julius Guduk bersama Peserta Sugandoi PDRM.


Julius Guduk n Sjn. Petrus.


Pemenang Tempat Ketiga.


Julius n Johan Unduk Ngadau PDRM.


Hebatnya dia.. Sudah menang Unduk Ngadau N.1 Banggi, dia menang Unduk Ngadau PDRM lagi... dia ni sia dingar2 masih sikul di UMS..


Ecceeh.. Sempat lagi bah kunun ambil gambar kenangan. hehehe!



Naahh kan.. Kaamatan mimang Arrramai..!



Kaamatan Tahun ini bukan saja dianjurkan oleh KDCA tapi juga dianjurkan oleh Jabatan-jabatan utama di negeri kita.

Baru-baru ini c Badadang sama c Julius kana panggil mengadil Sugandoi Kaamatan PDRM Kontinjen Sabah yg julung kali diadakan di Dewan Kawad PDRM IPK Kepayan Sabah pada 23.05.2009.
Pelbagai acara di jalankan untuk memeriahkan Kaamatan PDRM Kontinjen Sabah. tia ketinggalan juga acara Wajib Sugandoi n Unduk Ngadau.

N tia sangka2 pula tu Johan unduk Ngadau Banggi pun ikut.. hehe! Ingatkan di Konibongan saja surang jumpa dia.. Rupa2nya di IPK Kepayan pun Surang tajumpa dia juga.. Atuuukoi...!

Di pendekkan sorita, Meriah Jugalah tu Kaamatan durang ada juga kunu tu Harimau bawah Pokok Kelapa durang 'gasak' sana Pondok belakang hehehe!.

jajal2 jugalah durang tu member2 pulis ..ehehehe! . Ada poh tu Sisss... di sebelah kanan, Tumpung lagi di tangan kiri. paning2 c Badadang n Julius oleh durang hahaha!


Baah.., Kotobian Tadau Kaamatan Om Kabangatan Kumaa toinsanan Puru Pulis om 'Tantara' id nongo nopo !

Tuesday, May 19, 2009

Kaamatan Sana - Sini..

Inilah dia para pemenang Gelaran Miss. Beautiful Smile, Miss. Fotogenic & Miss. Beautiful Dress Gala Night Daerah N.1 Banggi.



Peserta Unduk Ngadau yang bertanding untuk mewakili Daerah N.1 Banggi


Miss. Beautiful Smile


Miss. Fotogenic & Miss. Beautiful Dress


Pengadil Unduk Ngadau di ketuai oleh Ms. Connie From Tamparuli (Yg Sumandak Baju Putih tu..). Eh?? Yg sedang Pisit2 sms di belakang tu Maciam.. anak murid C Apai di UMS kan..


Peserta memakai nombor 1, Memanangi gelaran Miss. Beautiful Dress.


Pengadil Sugandoi dan Unduk Ngadau duduk sebaris.. C Julius @ Limbukon sedang menghayati lagu yang dinyanyikan oleh peserta Sugandoi.


Adedei.. Isai Ti ???


Ni dia.. Cuba korang teka sepa ni..?? Korang mungkin masih ingat tu Penyanyi yg telah mempopularkan lagu Jambatan Tamparuli suatu ketika dahulu..

Tompinai Justin Lusah.. masih ensom lagi dia kan...



Yg ni tetap dan berpencen ni.. sepa lagi klu bukan c Julius Gudok.




CDO N.1 Banggi Mewakili Yb. Tuan Abdul Mijul Bin Hj. Unaini adun N.1 Banggi Untuk Merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Daerah Kecil N.1 Banggi.



Adedei.. Lama betul sia tia Update ni rumah sia..



"Norikot No' Dii Bulan Lima..."
Adedei...Sepanjang Bulan 5 ni, Cbuk memanjang jugalah kunu C badadang.. kaamatan sana - sini.. banyak jugalah kunu pangilan mengadil Sugandoi hehe!


Baru2 ni sia kana panggil untuk mengadil Pertandingan Sugandoi Daerah Banggi yang diadakan di Dewan Terbuka Dataran Tamu Pekan Kinabongan Pitas.

Apapun, tia banyak gambar yg sia dapat snap. Gambar Peserta Sugandoi lansung sia teda ambil. Hanya gambar peserta Unduk Ngadau ja. Itupun gambar dorg time Gala Night ja coz Unduk Ngadau akan di adakan pada kesokan harinya n surang sudah balik KK..

Pagi 16 hb, Sia bertolak ke Pitas Tepat jam 10.25 pagi bersama- sama dengan c Bro. Julius Gudok n singgah sebentar di Tuaran utk breakfast... apa lagi.. Mee Tuaran.. jadi menu utama kami. Adedei.. Punya Sadap Mee Tuaran.. Patutlah C OTHOE Sangup balik Sabah setiap ujung minggu mo makan Mee Tuaran.. foooyooo...!!


Surang sampai d Pitas sekitar Jam 1.05pm dan meneruskan perjalanan ke Kg. Kabatasan di mana Seseorang sedang menunggu kami. Jam 1.40 pm Surang sampai Kg. Kabatasan. Tia sangka pula sia bahawa Sia akan bertemu dgn seorang yg sia mo jumpa sejak bebudak lagi di Kg Tersebut..

Takazutt my heart jugalah...

Anyway.. tutup sampai sana ja tu sorita takazutt sia.. hehe!


Dipendekkan Sorita.. Best jugalah tu pengalaman yg sia dapat d sana.. penduduk di sana ramah2 belaka. Karual jugalah skil bahasa Rungus surang c Julius hehe!

Peserta Sugandoi juga bersedia belajar. Mereka pantas mengubah altitude di atas pentas setelah diberi metovasi.

dan yg Paling seronok ialah..
jadi Pengadil bersama-sama dengan Idola Zaman budak2 sia hehe!
Thanks ! Bro. Justin, Pengerusi Penganjur, CDO Banggi, dan semua penduduk Daerah Kecil Banggi coz melayan surang dgn baik walaupun surang Dajal.. eh..? Jajal bah sia bilang kangku... hehe!


Bah.., Kotobian Tadau Kaamatan Untuk Semua !!
om
Kotobian Tadau Kabangatan Juga..

Kada Padalaai Gisom Korurut kino..!