Monday, December 14, 2009

Idea Kreatif Yang Banyak Makna

Tong Sampah Baru Made in Bambangan.. (Siap dengan Ribbon lagi..)



Tong Sampah DBKK yang tia kana Pungut & di letak di tempat yang tidak sesuai.



Sign Board Kreatif



Kereta Accident yang sengaja ditinggalkan oleh pemiliknya di tepi jalan sebagai peringatan kepada pengguna Jalanraya.




Atuuuukoiii..! hehe..! Lama juga c badadang tia update ni rumah dia kaka..
Anyway.. untuk kali ini, mari kita share2 ni foto yang sia tangkap di sepanjang jalanraya Kg Bantayan ke Pekan Inanam.

Cuba korang perhati betul2 tu foto.. Apa dalam Fikiran korang ??? hehe..!

Kita share2 pandangan arr.. Bah, ini kunun klu dalam fikiran sia.. Klu sia tingu tu gambar paling atas, ia menunjukkan bahawa Penduduk kampung yang membuat Tong sampah itu Sudah bosan dengan Keadaan kekurangan Tong Sampah di kawasan mereka. Ribbon yang di lekat memberitahu kita bahawa tong sampah itu baru dan ianya juga merupakan sindiran kepada pihak berwajib diatas kegagalan mereka menyediakan tong sampah yang cukup kepada mereka sebagai Pembayar Cukai.

Foto Kedua mengambarkan kegagalan pihak berwajib menyalanggara tong sampah. Sudahlah Sampah tidak di pungut.., Tong sampah pun di letakkan di tempat yang tidak wajar.

Foto ketiga... Idea kreatif yang menggundang pelbagai Makna.. Lihat Tin yang ada gambar Harimau di bawah pokok Klapa dan botol air Mineral.. hehe !
Ianya menggambarkan bahawa minuman ini adalah minuman "Favorite" urang kita..
Towkey recycle ini juga dengan jelas memberitahu kita bahawa kedua material tersebut sebenarnya ada harga dan.. merupakan perniagaan yang menguntungkan.
Ianya juga menunjukkan sikap suka membazir urang kita..

Entah kenapa urang kita Cuma tau beli dan minum isinya.. hehe !
Yang ada cap Harimau bawah pokok klapa tu Harga dia RM10 /3tin manakala Air Mineral ada yang dijual sehingga RM 2.90 sebotol (RM 3.20 klu di stesen Minyak) Mahal tu Beb..! Harga minyak kereta pun baru RM1.85 selitter..

Foto Ke-Empat juga merupakan idea kreatif banyak makna.
Pemilik kereta tersebut sengaja meninggalkan kereta itu di situ bagi mendidik pengguna jalanraya supaya lebih berhati-hati ketika memandu.

Ianya juga menunjukkan ketidakpuasan hati pemilik kereta tersebut terhadap pemandu yang memotong sewenang-wenengnya sehingga mengakibatkannya mengalami kemalangan. (Untuk pengatahuan semua.., kereta ini telah dilanggar oleh sebuah lori yang di pandu dengan cuai sehingga menyebabkan pemilik Van ini dan isterinya mengalami kecederaan parah)

Apapun.. bila sia pikir2 lagi.. keputusan pemilik itu membiarkan kereta itu di tepi jalan walhal terdapat workshop hanya di seberang jalan adalah satu kesilapan yang mungkin akan membawa padah kepada pengguna Jalanraya yang lain.
Walaupun Pemilik itu sebenarnya berniat baik untuk menyampaikan masej kepada pengguna jalanraya tapi.. rasanya... meletakkan kereta itu terlalu lama di situ adalah satu tindakan yang kurang bijak..

Apa pandangan korang pula..?? Antar2lah komen.. kita share2 pendangan...

3 comments:

ocoi said...

Begitula kali manusia bro. badadang, punya cara tersendiri untuk lepaskan kritikan dan ketidakpuasan hati. Pasti semuanya berlaku atas sebab2 tertentu mengikut pertimbangan setiap individu. Ia memperlihatkan protes2 yang kreatif kepada individu/badan tertentu.

Malaikatsesat@Bentara Sakti said...

he..he... betul tu ocoi! Kritikan pedas tu tong sampah tu mcam tu. Tapi apakan daya... mungkin pihak yang dikritik ni tia pandai paham-paham...

HoneyBUZZin said...

Susah betul mao paham..mengapa susah betul mao perbetulkan sesuatu yang kurang betul....ni baru dua isu yang berbeza....campur saya punya entry..KUNANG-KUNANG...sudah ada empat isu yang betul dan patut diper'betulkan'...aikks...
Huhu...bila la mao betul?