Tuesday, September 29, 2009

Mereka telah lama wujud.. oleh itu, sayangilah mereka sepenuh hati seperti engkau menyayangi diri mu.

Lihatlah wajah c Ayah n c anak.. bukankah mereka serupa..



Dia telah wujud sejak "Zaman Photo teda warna" lagi..



Lihat yang ini pula.. Bukankah mereka ini sama?? (foto tidak berwarna adalah c Ayah yg lahir sekitar tahun 60an)

Photo ibu & Anak.. dorg serupa kan..


Add Image

Tabik Tuan..! Peace..! Aku Hensem cikit dari daddy..! tapi... Serupa juga laa. hehe!





Sia tia tau klu memaparkan gambar begini idea yang bagus atau tidak.


But..Actually., sia sedang tengok2 gambar lama surang adik beradik bah ni, tiba-tiba sia terperasan sesuatu yang menarik minda sia.. Apa lagi sia buka Photoshop, sia kasi Sambung-sambunglah gambar durang hehe !

Bila sia tengok n perhatikan tu gambar yg sia cantum-cantum, sia terperasan rupa-rupanya generasi baru yang dihasilkan oleh "mereka-mereka yang berkenaan dan sewaktu dengannya" (Sia belum berkenaan dan belum sewaktu lagi gia.. hehe! ) sebenarnya adalah klon mereka-mereka juga..

Lantas sia pun teringat semula sorita IbuBapa/TamaTina/TatayNanay/FatherMother/MamaPapa... n Sewaktu dengannya yang mendera anak saparati yang korual TV n Berita Rodiu.. lain lagi yg "kedengeran dan kelihatan" di sekitar-sekitar..
Indakah durang perasan itu bahawa; yang durang dera itu sebenarnya diri mereka juga.... ??


Banyak sangat kisah-kisah mendera anak sia dengar sejak kebelakangan ini, bukan saja dera secara Fizikal tetapi juga Mental.. Klu yg kecil2 kena dera secara Fizikal.. yg Sumandak n Tanakwagu kena dera secara Psikologi..
Yg tia mo kawin kana paksa kawin, tapi klu kana tanya sepa bayar Berian@ Nopung, kana sakap bayar sendiri.. yg mo kawin pula, kana halang coz tu bakal menantu tia ngam di mata mentua.. hehehe! Adedei... (Jan korang marah aar.. sia melalut ja ni ehehe!) Lama-lama.. tu anak pun berpikir.. "Daripada daripada.., bagus Kepada".. Nuhuuu.. last2 tu IbuBapa juga yang Norugi, Nagamul bila tu anak tia mo menghormati dorang sudah.. Salah siapa ?? huhu.. Bukan salah ku...


Berbalik kepada mereka-mereka yg "kaki dera" ni..,Sepatutnya dorang bangga dan menyayangi klon2 yg durang hasilkan ini. Mereka patut Sedar bahawa bila dorang produce Klon-klon mereka ni, maka mereka harus bersedia untuk lenyap dari dunia yang fana ini. oleh sebab itulah selayaknya Klon2 mereka ini patut disayangi seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Bukan mendera mereka sewenang-wenangnya.. Coz.. klon-klon mereka inilah yg akan menyambung kewujudan dorang di dunia ini..

Hisss... melalut pula c badadangss.. apapun.. janlah korang marah kio...! apa yg sia tulis di cni ni, teda kana mananga.. Ups.! kena mengena dengan yg Idup atau yg mati.. sekadar corat-coret. Klu ada yg salah korang anggap ja "Typing Error" jan simpan di Atai..hehe!

Saturday, September 12, 2009

Kesan Sejarah yang hampir Hilang dan dilupakan Di Sungai Tongkurangoh Kota Marudu.

"Monster Rock" Unik ni batu kan..


Sebahagian Gerebak Pengangkut Biji Besi Tertanam di Sungai Tongkurangoh.


Peluru Jepun. Tinggalan Perang Dunia Ke-2.


Hakisan Tebing Sungai. Perhatikan Hakisan yang.. mungkin telah mengambil masa beratus tahun untuk terbentuk..



Besi Landasan Keretapi telah di angkut oleh Orang Kampung dan dijadikan Tempat Penyimpanan Buah Kelapa.


Sebahagian Komponen Gerebak Keretapi Kargo yang masih tertinggal. Komponen ini diperbuat daripada Besi Waja dan terlalu berat untuk di angkut oleh tenaga manusia apatahlagi satu-satunya jalan keluar adalah menyusuri sungai yang Cetek dan berbatu besar.


Batu Jade. antara Khazanah berharga yang terdapat di bekas lombong tersebut. Batu Jade hijau jenis ini boleh mencapai harga USD 60.00 bagi setiap 100
gram di Amerika.


Pemandangan sekitar Bekas Lombong.




Cerucuk Landasan Keretapi yang masih tertinggal.




Dua Minggu Yang lalu sia berpeluang untuk melawat tapak bersejarah di Daerah Kota Marudu.
Apa yang ingin sia kongsikan pada kali ini ialah Cerita berkenaan dengan Bekas Lombong Besi dan Arang batu yang terletak di ulu Sungai Tongkurangoh Kota Marudu.

Menurut Cerita Penduduk Sekitar yang sia temui, Lombong tersebut dibuka oleh Kolonial British Sekitar awal tahun 1900-an di bawah seliaan Sir. Herbertsing.
Penerokaan lombong tersebut telah membawa kepada kewujudan landasan Keretapi di utara Sabah (Dulu2.. North Borneo), bermula dari Kawasan Kolumpisaaon (ulu sungai Tongkurangoh) sehingga ke Kg Teritipan Kota Marudu. Bagaimanapun, operasi Lombong tersebut terhenti semasa Perang Dunia Ke-2.

Menurut Cerita penduduk Sekitar, semasa lombong tersebut beroperasi 80 orang pelombong terdiri daripada orang-orang kampung, pelombong berbangsa India, Cina dan Jepun telah tertimbus di dalam lombong tersebut. manakala, Keretapi Kargo telah mengalami Kemalangan dan terjunam ke dalam Sungai Tongkurangoh. Operasi lombong tersebut tidak lagi di sambung selepas tamat Perang Dunia ke-2.

Begitulah serba sedikit cerita penduduk setempat yang sia dapat. Namun apa yang tinggal hari ini hanyalah beberapa bukti yang hampir pupus. mungkin bahan bukti yang tinggal perlu mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak yang berwajib menyimpan tinggalan sejarah.

Oh ya, bagi informasi anda semua, untuk sampai ke tapak Bekas Lombong tersebut perlu berjalan kaki selama 2 jam menyusuri sungai Tongkurangoh bermula dari Kg. Togudon ke ulu sungai Tongkurangoh. Bekas lombong tersebut terletak di kawasan yang dipanggil Kolumpisaaon.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti Lasak, tempat tersebut amat sesuai untuk distenasi Expedisi..