Saturday, September 12, 2009

Kesan Sejarah yang hampir Hilang dan dilupakan Di Sungai Tongkurangoh Kota Marudu.

"Monster Rock" Unik ni batu kan..


Sebahagian Gerebak Pengangkut Biji Besi Tertanam di Sungai Tongkurangoh.


Peluru Jepun. Tinggalan Perang Dunia Ke-2.


Hakisan Tebing Sungai. Perhatikan Hakisan yang.. mungkin telah mengambil masa beratus tahun untuk terbentuk..



Besi Landasan Keretapi telah di angkut oleh Orang Kampung dan dijadikan Tempat Penyimpanan Buah Kelapa.


Sebahagian Komponen Gerebak Keretapi Kargo yang masih tertinggal. Komponen ini diperbuat daripada Besi Waja dan terlalu berat untuk di angkut oleh tenaga manusia apatahlagi satu-satunya jalan keluar adalah menyusuri sungai yang Cetek dan berbatu besar.


Batu Jade. antara Khazanah berharga yang terdapat di bekas lombong tersebut. Batu Jade hijau jenis ini boleh mencapai harga USD 60.00 bagi setiap 100
gram di Amerika.


Pemandangan sekitar Bekas Lombong.




Cerucuk Landasan Keretapi yang masih tertinggal.




Dua Minggu Yang lalu sia berpeluang untuk melawat tapak bersejarah di Daerah Kota Marudu.
Apa yang ingin sia kongsikan pada kali ini ialah Cerita berkenaan dengan Bekas Lombong Besi dan Arang batu yang terletak di ulu Sungai Tongkurangoh Kota Marudu.

Menurut Cerita Penduduk Sekitar yang sia temui, Lombong tersebut dibuka oleh Kolonial British Sekitar awal tahun 1900-an di bawah seliaan Sir. Herbertsing.
Penerokaan lombong tersebut telah membawa kepada kewujudan landasan Keretapi di utara Sabah (Dulu2.. North Borneo), bermula dari Kawasan Kolumpisaaon (ulu sungai Tongkurangoh) sehingga ke Kg Teritipan Kota Marudu. Bagaimanapun, operasi Lombong tersebut terhenti semasa Perang Dunia Ke-2.

Menurut Cerita penduduk Sekitar, semasa lombong tersebut beroperasi 80 orang pelombong terdiri daripada orang-orang kampung, pelombong berbangsa India, Cina dan Jepun telah tertimbus di dalam lombong tersebut. manakala, Keretapi Kargo telah mengalami Kemalangan dan terjunam ke dalam Sungai Tongkurangoh. Operasi lombong tersebut tidak lagi di sambung selepas tamat Perang Dunia ke-2.

Begitulah serba sedikit cerita penduduk setempat yang sia dapat. Namun apa yang tinggal hari ini hanyalah beberapa bukti yang hampir pupus. mungkin bahan bukti yang tinggal perlu mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak yang berwajib menyimpan tinggalan sejarah.

Oh ya, bagi informasi anda semua, untuk sampai ke tapak Bekas Lombong tersebut perlu berjalan kaki selama 2 jam menyusuri sungai Tongkurangoh bermula dari Kg. Togudon ke ulu sungai Tongkurangoh. Bekas lombong tersebut terletak di kawasan yang dipanggil Kolumpisaaon.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti Lasak, tempat tersebut amat sesuai untuk distenasi Expedisi..


3 comments:

Don MS said...

batu jade tu bulih p ambil kah tu ahh?

lumayan juga tu kalau berharga sangat... he..he..

kelupis said...

Syiok info mcm ni. Sia suka ni,TQ badadang! Sbb sia yakin ramai jgk antara kita yg belum tau ni kisah2 & artifak yg ada di Sabah. Muzik, muzik juga. Tp ilmu pengetahuan kita mesti mau kasi up jgk ccckit.Barulah mantap kan bro!Anyway,tahniah la...

Lala said...

lawa tu monster rock bro...