Wednesday, February 17, 2010

Apa Resionalnya Bila Round About yang Besar di kecilkan lalu di tanam batu di sekeliling..

Perhatikan Batu berbenjol-benjol di tanam dan disusun sebaris di sekitar Round About..


kelancaran Trafik teda Perubahan malah boleh mengundang bencana bila pemandu mengelak untuk melanggar benjolan batu yang di tanam.


Perhatikan Pemandu kereta hijau itu.. memandang ke bawah untuk mengelak dari terlanggar benjolan batu..


Pandangan Penuh Round About maut..




Baru-baru ini sia telah pergi semula ke sebuah Pekan di sebelah utara negeri kita..
Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu yang pada awalnya bermula dengan selesa tiba2 bertukar menjadi amat tidak selesa bila melepasi kawasan Pekan Kota Belud.
Amat menyedihkan sekali bila kita memandu di jalan utama yang mana melintasi kawasan Perkampungan yang dihuni oleh kebanyakannya masyarakat Dusun bermula dari Pusat latihan Pertanian Timbang Menggaris hingga ke Kawasan Perkampungan Manggaris 2.. kerosakan jalanrayanya amat teruk sekali .

Seingat saya, jalan raya di kawasan tersebut tidak diselanggara dengan baik sejak 10 tahun yang lalu dan kini keadaannya menjadi sangat teruk.. ianya sudah menjadi tidak layak untuk digazetkan sebagai jalan utama untuk menghubungkan Kota kinabalu dan utara negeri kita.

Jalanraya ini hanya layak untuk lori balak dan Gajah untuk melaluinya.
Amat memalukan kerana kawasan itu termasuk dalam daerah yg mempunyai ramai wakil rakyat namun tiada penyelengaraan yg sempurna dan seperti tidak pernah diperdulikan oleh YB mereka..

Kalau ada pun kerja penyelengaraan dilakukan namun ia hanya tertumpu di kawasan ulu Kukut. dan pada pemerhatian saya, kerja penyelengaraan hanya dimulakan pada sekitar bula Mei tahun 2009. tiada penyelengaraan sebelumnya.. dan apa yang sangat menyedihkan sekali, kontraktor yg membuat penyelengaraan bukan pula membaiki kerosakan jalan tapi menambahkan lagi kerosakan yang ada..
Mereka membongkar jalan lama yang rata dan mengaspalkanya menjadi jalan yang berbonggol-bonggol. jalan tidak pernah siap kerana kontraktor tersebut hanya mengupah 5 hingga 6 orang pekerja sahaja bagi kerja pembinaan semula jalanraya dan parti..

huhu.. Sakit badan, sakit kepala dan segala-galanya bila melintasi kawasan tersebut..

Bila sampai simpang tiga Bandau n Kudat barulah sihat cikit coz jalan dia ok cikit.
jalan punya jalan tiba2 bila sampai Round About Bandau...
Adedei.. hampir Accident coz cuba mengelak dari terlanggar benjolan Batu di sekeliling Round About..


atuk..atukk.. aiii antah.. kanapalah durang p ubah tu round About maciam itu tu..
Apalah resionalnya Bila Round About yang Besar kana kasi kecil lepas tu.. tanam batu berbenjol-benjol di sekeliling dia..????
Bukan kah kerja Palui tu???!!
Sama juga Bohong coz tu Round About sama maciam sebelum kena ubah juga ukuran dia (termasuk tu Kawasan Batu Berbonggol)..

Adedei.. Punya Pandai dia punya Jurutera... issh...isshhh...issshh...

3 comments:

Malaikatsesat@Bentara Sakti said...

Arkitek yang buat pelan roun about tu mesti arkitek lanskap punya...he..he..

Keutamaannya adalah pada lanskap... cantik dan ada seni. Bukannya kepada fungsi asas dan kesempurnaan round about itu sendiri.

Err... jangan-jangan, itu konsep baru round about kan? Supaya kereta yang sudah penat jalan jauh... dapat mengurut-urut tayar dia sikit... supaya segar balik... wakakakakkk...

Yang hairannya, PBT masih kasi lulus juga projek tu. JKJR pun inda dimaklumkan juga ni....

Satu lagi, tambahan patu pada sekeliling round about tu boleh menguntungkan kontraktor... kerana kos simen dan mengangkat batu dari sungai/kuari lah kunun tu... dapatlah klaim banyak sikit.he..he..

akudagreat said...

alang2 dorang taruh batu oh.. kalau taru paku ka kaca ka baru la kan? unik... kurang budget lagi..

Gee said...

badadang..ada lagi satu kama roundabout cni keningau yg d simpang 4 binkor sma binaong tu...punyalah besar roundabout dia padahal tu jln situ sampit pun...bukan alang2 drg bkin tu bulatan smpai kici suda kama tu jeraya...silap2 kalu ko limpas sana ko tebabas p tu jalan yg berumput d siring....kalu yg mabuk2 mangkali trus masuk parit mangkali...hehehehe...pintaaaarrrrr butul yg tkg buat itu...