Wednesday, February 17, 2010

Apa Resionalnya Bila Round About yang Besar di kecilkan lalu di tanam batu di sekeliling..

Perhatikan Batu berbenjol-benjol di tanam dan disusun sebaris di sekitar Round About..


kelancaran Trafik teda Perubahan malah boleh mengundang bencana bila pemandu mengelak untuk melanggar benjolan batu yang di tanam.


Perhatikan Pemandu kereta hijau itu.. memandang ke bawah untuk mengelak dari terlanggar benjolan batu..


Pandangan Penuh Round About maut..




Baru-baru ini sia telah pergi semula ke sebuah Pekan di sebelah utara negeri kita..
Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu yang pada awalnya bermula dengan selesa tiba2 bertukar menjadi amat tidak selesa bila melepasi kawasan Pekan Kota Belud.
Amat menyedihkan sekali bila kita memandu di jalan utama yang mana melintasi kawasan Perkampungan yang dihuni oleh kebanyakannya masyarakat Dusun bermula dari Pusat latihan Pertanian Timbang Menggaris hingga ke Kawasan Perkampungan Manggaris 2.. kerosakan jalanrayanya amat teruk sekali .

Seingat saya, jalan raya di kawasan tersebut tidak diselanggara dengan baik sejak 10 tahun yang lalu dan kini keadaannya menjadi sangat teruk.. ianya sudah menjadi tidak layak untuk digazetkan sebagai jalan utama untuk menghubungkan Kota kinabalu dan utara negeri kita.

Jalanraya ini hanya layak untuk lori balak dan Gajah untuk melaluinya.
Amat memalukan kerana kawasan itu termasuk dalam daerah yg mempunyai ramai wakil rakyat namun tiada penyelengaraan yg sempurna dan seperti tidak pernah diperdulikan oleh YB mereka..

Kalau ada pun kerja penyelengaraan dilakukan namun ia hanya tertumpu di kawasan ulu Kukut. dan pada pemerhatian saya, kerja penyelengaraan hanya dimulakan pada sekitar bula Mei tahun 2009. tiada penyelengaraan sebelumnya.. dan apa yang sangat menyedihkan sekali, kontraktor yg membuat penyelengaraan bukan pula membaiki kerosakan jalan tapi menambahkan lagi kerosakan yang ada..
Mereka membongkar jalan lama yang rata dan mengaspalkanya menjadi jalan yang berbonggol-bonggol. jalan tidak pernah siap kerana kontraktor tersebut hanya mengupah 5 hingga 6 orang pekerja sahaja bagi kerja pembinaan semula jalanraya dan parti..

huhu.. Sakit badan, sakit kepala dan segala-galanya bila melintasi kawasan tersebut..

Bila sampai simpang tiga Bandau n Kudat barulah sihat cikit coz jalan dia ok cikit.
jalan punya jalan tiba2 bila sampai Round About Bandau...
Adedei.. hampir Accident coz cuba mengelak dari terlanggar benjolan Batu di sekeliling Round About..


atuk..atukk.. aiii antah.. kanapalah durang p ubah tu round About maciam itu tu..
Apalah resionalnya Bila Round About yang Besar kana kasi kecil lepas tu.. tanam batu berbenjol-benjol di sekeliling dia..????
Bukan kah kerja Palui tu???!!
Sama juga Bohong coz tu Round About sama maciam sebelum kena ubah juga ukuran dia (termasuk tu Kawasan Batu Berbonggol)..

Adedei.. Punya Pandai dia punya Jurutera... issh...isshhh...issshh...